PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH

NOTIS SEBUT HARGA KERJA


  1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang memenuhi gred, kategori dan pengkhususan yang diperlukan serta bertaraf BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan yang ditetapkan, mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah buat masa ini;

  2. Pendaftaran secara ‘online’ akan dibuat pada 14 JULAI 2020 (SELASA) bermula jam 8.30 PAGI sehingga 10.00 PAGI sahaja melalui pautan ‘Google Form’ yang disediakan melalui iklan ini di laman Facebook Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Pautan iklan ini akan turut dipamerkan di laman sesawang PKNK serta papan kenyataan am PKNK;

  3. Sesi taklimat sebut harga akan dibuat pada jam 12.00 TENGAHARI pada hari yang sama selepas sesi pendaftaran tersebut;

  4. Semasa proses pendaftaran, kontraktor hendaklah mengisi borang pendaftaran menerusi pautan yang telah disediakan sahaja;

  5. Hanya kontraktor yang berkelayakan dan lulus pendaftaran sahaja akan dijemput untuk menyertai kumpulan di applikasi TELEGRAM bagi tujuan taklimat sebut harga. Untuk tujuan ini, kontraktor-kontraktor yang berminat untuk menyertai sebut harga ini HENDAKLAH memuat turun applikasi TELEGRAM di telefon pintar bagi memudahkan proses taklimat dan hebahan am;

  6. Lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN. Namun pihak Perbadanan menetapkan 15 JULAI 2020 (RABU) bagi lawatan tapak secara berasingan bagi kontraktor-kontraktor yang ingin melawat tapak yang akan dihadiri oleh wakil Perbadanan;

  7. Maklumat Sebut Harga adalah seperti di muka surat 2/2 beserta pautan pendaftaran;

  8. Dokumen sebut harga boleh diperolehi di Bahagian Teknikal, Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman bermula 15 JULAI 2020 (RABU) mulai jam 11.00 pagi;

  9. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang akan disediakan di Bahagian Teknikal PKNK, Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari, 22 JULAI 2020 (RABU);

  10. Kontraktor yang berjaya akan dimaklumkan melalui FB PKNK dan telefon/emel.

 

 

 

NO. RUJ. SEBUT HARGA

 

TAJUK KERJA

KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN

PKNK/SH/2020/07/06

KERJA-KERJA MENAIKTARAF MASJID TAJUDDIN, KAMPUNG KUALA RUMAN, SIK, KEDAH DARUL AMAN

https://forms.gle/wkKhz8werZ3GzyVn8

Lawatan Tapak : 15 JULAI 2020 (RABU)

(Tidak Diwajibkan)

 

  • G2 (CIDB) – PENGKHUSUSAN B28
  • KONTRAKTOR TEMPATAN NEGERI KEDAH

PKNK/SH/2020/07/07

KERJA-KERJA MENAIKTARAF MASJID NURUL IMAN, KAMPUNG GULAU, SIK, KEDAH DARUL AMAN

https://forms.gle/cXgyNYjWP5bqQVQy9

Lawatan Tapak : 15 JULAI 2020 (RABU)

(Tidak Diwajibkan)

 

  • G2 (CIDB) – PENGKHUSUSAN B28
  • KONTRAKTOR TEMPATAN NEGERI KEDAH