Majlis Pelancaran Eksport MyFlexitank Yang Ke-200,000 Unit

Satu Majlis Pelancaran Eksport MyFlexitank Yang Ke-200,000 Unit telah diadakan pada 5 September 2019 yang lalu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wira Aminuddin bin Hamzah, iaitu Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Majlis yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Bahagian Pemasaran & Jualan PKNK itu diadakan di Kawasan Perusahaan Sungai Petani. Majlis bertujuan untuk memberi bantuan kepada para pengusaha industry kecil dan sederhana (PKS) dalam menguruskan inovasi dan lebih berdaya saing di peringkat global.