Lawatan Tapak Perindustrian Kulim Bersama Pejabat Tanah Kulim

Satu lawatan tapak di Kawasan Perindustrian Kulim telah diadakan pada 17 September 2019 yang lalu. Lawatan tersebut telah dijalankan oleh Bahagian Hartanah PKNK, dan turut diserti oleh beberapa wakil dan pegawai dari Pejabat Tanah Kulim. Lawatan tersebut bertujuan untuk berjumpa dengan wakil-wakil di kawasan perindustrian tersebut, bagi membincangkan masalah-masalah yang berbangkit di kawasan tersebut.