Program #BFFPKNK (Bundle For Free PKNK) yang menjalin kerjasama dengan Jabatan Sisa Pejabat Negeri Kedah (SW corp) telah diadakan pada 11 Oktober 2019 yang lalu di Daerah Padang Terap, yang bertujuan memberi sumbangan terutama dalam bentuk pakaian kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, PKNK juga bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Geng Tolong Orang Kedah (GTO) untuk menyalurkan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir di Baling pada 19 Oktober 2019. #BFFPKNK mengalu-alukan sumbangan orang ramai dalam bentuk pakaian, pinggan mangkuk, pakaian sekolah dan keperluan dapur untuk disalurkan kepada yang memerlukan. #BFFPKNK juga sedia bekerjasama dengan mana-mana NGO yang memerlukan pakaian untuk sebarang program yang akan dijalankan.