Program Kedah Halal Festival telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Unit Pembangunan Ekonomi Negeri  Kedah (UPUK). Objektif penganjuran program ini bertujuan menyediakan ruang dan peluang untuk para usahawan mempromosi dan menjual produk-produk serta perkhidmatan berkaitan industri halal. Pemamer Kedah Halal Festival terdiri dari usahawan yang terlibat dalam industri halal melalui produk makanan, minuman, perkhidmatan kosmetik, pelancongan, perbankan, insuran dan pakaian. Usahawan yang terlibat terdiri daripada usahawan mikro kecil, sederhana dan besar sama-sama turut serta memeriahkan lagi program Kedah Halal Festival pada tahun ini.

Program Kedah Halal Festival telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir dengan diiringi oleh Exco Pembangunan Usahawan Negeri Kedah YB. Mohd Asmirul Anuar Aris. Perasmian telah dibuat pada 26 Oktober 2019.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah turut serta dalam program Kedah Halal Festival dengan membawa 4 orang usahawan dari Kedah Halal Park. Antara usahawan Kedah Halal Park yang telah terpilih menyertai Kedah Halal Festival pada tahun ini adalah seperti berikut :-

  1. Al Ulum Sdn. Bhd. - Produk Kosmetik dan Penjagaan Rumah
  2. Mummy RQ - Produk Makanan Bayi
  3. El Saffiya Sdn. Bhd. - Produk Kesihatan berasaskan Jus Delima      
  4. Nanas Merbok Sdn. Bhd. - Produk Minuman Jus Durian Belanda dan Nenas Serta Kuah Rojak, Cili Sos, Sos Tiram & Kicap.        

Kedah Halal Festival juga merupakan platform terbaik bagi menyampaikan maklumat mengenai Pensijilan Halal Malaysia disamping dapat memperkasakan penjenamaan Halal Malaysia.  Objektif utama penyertaan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah adalah untuk memperkenalkan serta mempromosikan Kedah Halal Park yang telah beroperasi di Lot 5, Kawasan Perindustrian Sungai Petani bermula dari 2013 hingga sekarang. Promosi ini dibuat bertujuan memenuhi kekosongan premis Kedah Halal Park menjelang tahun 2020. Perbadanan mensasarkan pada tahun 2020 premis Kedah Halal Park dapat dipenuhi oleh usahawan-usahawan bumiputera.