Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah telah mengadakan Seminar Kesedaran Green 5S pada 22hb Disember 2019 bertempat di Dewan Seminar Kedah Halal Park, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Program ini telah dianjurkan bersama dengan kerjasama Sirim STS Sdn. Bhd., Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Kedah Food Valley (KFV).

Objektif program adalah untuk memberi input serta membuka peluang kepada usahawan-usahawan IKS untuk mengetahui peluang-peluang bagi meningkatkan produktiviti syarikat melalui penembusan teknologi dan menaiktaraf sektor pembuatan melalui Geran Program Sirim-Fraunhofer.