PKNK telah menganjurkan Kem Potensi Jaya Diri dan Kem Cuti Sekolah pada 23 dan 24 Disember 2019 yang lalu bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani, Kedah. Program ini adalah sebahagian dari Program Lestari Ilmu PKNK yang telah diperuntukkan setiap tahun. Program ini terbuka khususnya kepada anak-anak warga kerja PKNK serta anak-anak syarikat PKNK.

Program yang turut diadakan dengan kerjasama Smart Triple IQ bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar untuk lebih bersedia dalam menghadapi sesi persekolahan yang akan dibuka pada 1 Januari 2020. Selain itu para pelajar turut diterapkan dengan nilai-nilai ilmu dan disiplin, bertujuan untuk memberi pemahaman tentang pentingnya tanggungjawab serta akhlak bukan sahaja sebagai seorang pelajar, malah sebagai seorang manusia yang beragama.