Program pengagihan sumbangan “BACK TO SCHOOL SESI 2020” dari Rsquad Rsedeqah, Sungai Petani, Kedah. Majlis ini telah diadakah pada 25hb Disember 2019 bertempat di Dewan Seminar Kedah Halal Park, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Seramai 30 orang anak-anak asnaf, kurang berkemampuan, anak-anak orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yatim serta yatim piatu telah dipilih bagi menjayakan program ini. Sumbangan ini telah disampaikan oleh ahli-ahli sukarelawan Rsquad dan orang ramai dari seluruh negara termasuk dari luar negara. Sumbangan adalah berbentuk barang-barang kelengkapan sekolah.