Pada 20 januari 2020 bertempat di Kedah Halal Park, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (Desludging Business Unit Wilayah Utara) telah menganjurkan satu program bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berkenaan keperluan sedutan kumbahan dalam menjaga alam sekitar. Majlis dimulakan dengan penyampaian taklimat oleh En Khalid Bin Salleh, Pengurus Pemasaran & Jualan, PKNK.

Selain itu, penyampaian taklimat mengenai kepentingan penjagaan kebersihan oleh Dr. Norhariani Binti Harun dari Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Turut serta dalam program ini adalah Puan Nurul Syafiza Binti Hassan, Pegawai Bahagian Perlesenan MPSPK

Majlis diteruskan dengan penyampaian taklimat mengenai pengosongan tangki septik dalam menjaga alam sekitar yang telah disampaikan oleh Encik Wan Abd Jalil (Head Desludging Business Unit Northern Region). Program ini adalah bertujuan memberi kesedaran dan penerangan berkenaan keperluan sedutan kumbahan di premis anda bagi memastikan pengosongan tangki septik, penapis minyak & lemak dijalankan dengan lebih efisien dan sisa kumbahan dibuang ditempat yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar serta melalui proses yang betul mengikut piawaian ISO.