Satu (1) taklimat telah dianjurkan oleh Unit Keusahawanan iaitu Taklimat Kepada Pengetua Dan Guru-Guru Pembimbing Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2020, telahpun yang berjaya mengumpulkan sebanyak 28 buah sekolah beserta penyertaan seramai 60 orang guru-guru pembimbing dan juga Pengetua dari sekolah-sekolah serata negeri Kedah. Taklimat ini bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas berkenaan dengan Program PROTUNe disamping membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan untuk para pelajar program tersebut, sepanjang tahun 2020. 

Taklimat tersebut dimulakan dengan penyampaian ucapan aluan oleh wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Hasnizam bin Zakaria dan diteruskan lagi dengan penyampaian ucapan dari Tuan Syed Yussof bin Syed Othman, selaku Ketua Pegawai Operasi PKNK. Kedua-dua mereka menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para Pengetua dan Guru-Guru Pembimbing yang telah menggembleng tenaga dalam usaha untuk menjayakan program PROTUNe.

Selain itu, Unit Keusahawanan telahpun melantik Encik Mohd Ariffin bin Ibrahim selaku fasilitator daripada Idola Global Academy yang telahpun menyambung program pada hari itu dengan slot-slot motivasi buat para pengetua dan guru-guru pembimbing berkenaan dengan kepentingan bidang keusahawanan disamping berkongsi pengalaman dan tips-tips yang boleh digunapakai untuk pelajar-pelajar dalam mendalami ilmu keusahawanan.