Satu (1) perjumpaan telah diadakan di antara pihak PKNK dengan wakil dari syarikat Free The Seed Sendirian Berhad di Wisma PKNK pada 3 Februari 2020 yang lalu. Perjumpaan yang turut disertai pihak pengurusan dari Amerika Syarikat itu bertujuan untuk membincangkan tentang perlaksanaan Program Pembangunan Usahawan Global, yang dikenali sebagai “Green Technology Bio-Degradable Packaging” Peringkat Negeri Kedah. Program tersebut diharapkan dapat meningkatkan lagi kemampuan teknologi dan produktiviti para usahawan di sini, terutamanya para usahawan di Kedah Halal Park milik PKNK. Perjumpaan itu juga turut membincangkan tentang cadangan pelaburan bersama Kerajaan Negeri Kedah dalam penyenaraian Syarikat Free The Seed yang terletak di Gurun, Kedah itu di Bursa NASDAQ di Amerika Syarikat.