PKNK telah berbesar hati menerima kunjungan dari Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) di Wisma PKNK pada 9 Februari 2020 yang lalu. Lawatan dari SEDCO yang seramai dua puluh (20) orang wargakerja itu diketuai oleh Pengurus Besar, Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir dan disertai oleh para pegawai agensi tersebut. Acara beramah mesra, sesi berkongsi pendapat serta jamuan ringan telah diadakan pada hari tersebut, sebelum acara makan tengahari di Menara Alor Setar, dan lawatan SEDCO seterusnya di The Jerai Resort, Gunung Jerai, pada waktu petang hari yang sama.