25 Mac 2020 (Rabu)
PKNK sebagai sebuah agensi korporat yang bertanggungjawab dalam menjalankan Sosial Korporat terhadap yang memerlukan berbesar hati membantu meringankan beban dengan menyumbangkan sumbangan barangan keperluan kepada frontliner di Hospital Sultanah Bahiyah. Semoga segala urusan untuk menangani gejala covid 19 dipemudahkan

PKNK telah menganjurkan program tanggungjawab sosial kepada anak-anak di Pulau Tuba bermula 27 hingga 29 februari 2020. Penganjuran program motivasi dan sahsiah diri kepada pelajar-pelajar di Pulau Tuba yang berumur dari 11 tahun dan 12 tahun dan telah diberi kerjasama yang baik oleh penduduk-penduduk kampung serta sekolah-sekolah yang terlibat. Terdapat 3 buah sekolah yang telah menyertai program ini iaitu Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak, Sekolah Kebangsaan Tuba dan Sekolah Kebangsaan Bagan Selat Nyior. Pelajar-pelajar ini bermalam di Tuba Beach Resort selama 3 hari dua malam. pengisian kerohanian dan jati diri telah diterapkan kedalam diri peserta yang berkampung di sini. Program seumpana ini perlu diambil perhatian oleh Agensi Korporat bagi membantu kanak-kanak di Pulau Tuba ini. Segala kos penginapan makan minum dan konsultan dibiayai oleh pihak penganjur iaitu PKNK.

Unit Keusahawanan telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh, Perlis. Lawatan ini telah dihadiri oleh 64 orang pelajar Diploma Perkhidmatan Amalan Halal (DHF) semester 3 yang mengikuti Kursus Halal Standard dan Halal Production dan 3 orang pensyarah Dr. Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan, Encik Ahmad Firdaus bin Mohd Hanafiah dan Encik Mohd Azha bin Ismail.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai proses pengeluaran produk yang berkualiti, memahami lebih terperinci mengenai produk yang berasaskan halal serta melihat proses ‘packaging’ dan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengurusan dan pengendalian operasi syarikat secara lebih dekat.  

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat Unit Keusahawanan PKNK - Kedah Halal Park yang telah disampaikan oleh Puan Hanisah binti Baharum, Ketua Unit Keusahawanan, PKNK.

Seterunya Program diteruskan dengan sesi lawatan ke kilang-kilang seperti  berikut :

  • Nanas Merbok Sdn. Bhd.
  • Aishah Solution Sdn. Bhd.
  • El Saffiya Sdn. Bhd.
  • Mummy RQ Baby And Kids

Puan Hanisah Binti Baharum, Ketua Unit Keusahawanan, PKNK telah membuat lawatan pemantauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8, Sik Kedah Darul Aman. Lawatan ini bertujuan memantau dan melihat aktiviti keusahawanan di sekolah ini.  Di samping itu juga, lawatan ini untuk berbincang dengan Guru Besar dan Guru Pembimbing berkaitan cadangan penambahbaikan bagi Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2020. Perbincangan memfokuskan kepada produk kreatif dan bagaimana pihak sekolah cuba bersaing memasarkan produk mereka agar dikenali di pasaran. Selain daripada itu, Ahli Lembaga Pengarah PROTUNe juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi dalam mencipta produk yang mempunyai kelainan dan keunikan untuk bersaing secara sihat di pasaran.