PKNK telah menerima kunjungan dari Persatuan Tunas Usahawan Belia Utara (PETURA) yang mengadakan lawatan ke Wisma PKNK pada 15 Julai 2020 yang lalu. PETURA yang diwakili oleh lapan orang pegawai telah mengadakan sesi ramah mesra dan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, dan turut disertai beberapa orang pegawai dari PKNK. Perbincangan yang diadakan adalah berkenaan dengan potensi sektor keusahawan di kalangan belia negeri ini, serta peranan PKNK dalam membantu atau memberi sokongan kepada usaha dalam memajukan bidang keusahawanan belia. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan serta sesi bergambar.