Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Rekreasi PKNK telah diadakan dengan jayanya pada 19 Julai 2020 yang lalu. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang juga turut diadakan sejurus selesai mesyuarat tersebut, yang bertempat di Dewan UKIR Mall. Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK selaku Penaung Kelab Sukan dan Rekreasi PKNK.

Sejurus selesai mesyuarat tersebut, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pula telah diadakan. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan dan memberi sumbangan penghargaan kepada warga kerja PKNK yang telah berkhidmat dengan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019 yang lepas. Tahniah untuk semua penerima anugerah tersebut.