Majlis ini telah diadakan pada 4hb Ogos 2020, jam 8.30 malam bertempat di Perkarangan Menara Alor Setar dan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Y.Bhg Dato Hj Abdul Rahman bin Abdullah, Ketua Pegawai Operasi Tn Hj Syed Yussof bin Syed Othman dan Puan Hajjah Hanisah binti Baharum, Pengurus Unit Keusahawanan.

Program ini merupakan kolaborasi di antara Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia dan PKNK bertujuan membantu mempromosi produk-produk usahawan bumiputera dan produk-produk Kedah Halal Park (KHP), dimana separuh daripada jualan produk kedai Mak Cun adalah produk KHP.

Kepada semua warga Kedah yang ingin membeli produk-produk KHP dan bumiputera boleh berkunjung ke Kedai Mak Cun Anjung Orang Kita yang telah dibuka di Menara Alor Setar.