PKNK telah menerima kunjungan Pegawai dari Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan bersama 80 orang guru2 pembimbing.

PKNK membawa Kontigen Kelantan melawat Sekolah Menengah Agama Yan, Sekolah ini telah memenangi tempat Ke 2 bg kategori Anugerah Syarikat Terbaik, Johan Guru Pembimbing Terbaik dan turut memenangi Anugerah Khas Juri dalam Konvesyen Peringkat Negeri Kedah.

SMKAY telah menghasilkan Produk Kreatif melalui Syarikat Rooqum Wahid iaitu Balm dari bunga Camomile yg boleh mengecutkan jerawat, meghilangkan stress dll.

Lawatan ini bertujuan memberi Pendedahan Bermaklumat Kepada Guru2 Pembimbing.

Lawatan ini dihadiri oleh Puan Anita Salleh, Pengurus Kanan Bhg Pembangunan Perniagaan, Puan Hanisah binti Baharum, Pengurus Keusahawanan, Puan Murshidah Pegawai Tadbir dari PKINK, Encik Hasnizam pegawai dari JPN dan Guru2 Pembimbing dari Negeri Kelantan.