Program Lestari Ilmu untuk pelajar-pelajar STPM telahpun diadakan pada 10 hingga 12 September 2020 bertempat di The Jerai Hill Resort Gurun Kedah. Pengisian program pelajar-pelajar STPM untuk tahun ini diisi dengan kerohanian dan sahsiah diri peserta-peserta serta hala tuju selepas tamat pengajian. Perlaksanaan program ini juga mengikut SOP yang ditetapkan dengan hanya membenarkan 40 orang peserta sahaja.