Bahagian Pengurusan Kompleks dan Penyewaan (BPKP) telah mengadakan operasi kutipan sewa di Medan Selera Taman Ria di Sungai Petani. Operasi tersebut dibuat pada 01 Oktober yang lalu. Operasi yang bermula pada jam 9 malam itu melibatkan seramai 8 orang wargakerja, yang terdiri dari pegawai dan kakitangan bahagian tersebut, juga mewakili ketua bahagian pada operasi kali ini. Proses kutipan sewa gerai-gerai terlibat berjalan dengan lancar, di mana para penyewa memberikan kerjasama yang baik sepanjang operasi berjalan, dengan mematuhi S.O.P. yang disediakan berikutan situasi wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.  Operasi tersebut juga mendapati tiada sebarang masalah atau aduan yang disuarakan penyewa, dan para penyewa rata-ratanya berpuas hati dengan keadaan kawasan terbabit.