Satu majlis sempena persaraan salah seorang wargakerja PKNK telah diadakan pada 12 Oktober 2020 bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar. Majlis yang disambut ringkas itu meraikan persaraan Tuan Haji Norizham bin Ahmad, pengurus Hotel The Jerai Alor Setar, yang juga anak syarikat PKNK. Tuan Haji Norizham telah berkhidmat dengan PKNK selama 34 tahun, dan beliau telah berkhidmat di pelbagai bahagian dan unit dalam PKNK sepanjang perkhidmatan beliau. Majlis diselitkan dengan ucapan sepatah dua kata dari Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, juga ucapan dari Tuan Haji Norizham.

Semoga Tuan Haji Norizham dapat menempuh alam persaraan dengan lebih bermakna. Selamat Maju Jaya kepada Tuan Haji Norizham bin Ahmad.