26 Oktober 2020 (Isnin) Jam 10.00 Pagi, telah diadakan satu lelongan awam di Taman Halal PKNK. Harga lelongan dari serendah RM10.00 hingga RM8,000.00 bergantung kepada jenis barang.

PKNK dengan kerjasama Pelelong Berlesen Negeri Kedah, Puan Sharifah Sallina Binti Syed Hashim, Tetuan Noryuslinda Yunus & Fariza Ismail, dan Bailif dari Mahkamah Sg Petani telah menjalankan proses lelongan mengikut undang-undang dan proses Lelongan Awam yg dijalankan pada hari ini telah berjaya. Seramai 13 pembida hadir utk membida batang-barang yang dilelong. Hasil lelongan yang diterima oleh PKNK adalah sebanyak RM92,271.00.