Medan Selera Taman Ria, Sungai Petani telah dipilih dalam program transformasi aset PKNK untuk tahun 2020.  Kerja-kerja pengubahsuaian sedang rancak dijalankan dengan pembinaan Dewan Serbaguna untuk dijadikan penempatan sementara peniaga-peniaga.

Pada 25 Oktober 2020, telah berlangsung perjumpaan antara wakil-wakil Perbadanan yang  terdiri daripada Pengurus dan Timbalan Pengurus Bahagian Pengurusan Kompleks dan Penyewaan, Timbalan Pengurus dan Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Teknikal dan pihak kontraktor bersama penyewa-penyewa Medan Selera Taman Ria, Sungai Petani di Dewan Seminar Taman Halal Kedah, Sungai Petani.

Perjumpaan ini bertujuan memberi penerangan yang lebih jelas tentang tarikh-tarikh penting aktiviti yang akan berlaku sepanjang tempoh pengubahsuaian tersebut yang telahpun bermula pada 15 September 2020 dan dijangka siap pada bulan Mei 2021.  Pihak Perbadanan juga mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh penyewa dan solusi kepada permasalahan-permasalahan tersebut.  Diharapkan kerja-kerja pengubahsuaian ini dapat berjalan dengan lancar dan baik.