PKNK dan FELDA telah menjalinkan satu usahasama yg strategik dalam pembangunan ladang getah dan kelapa sawit di Ladang Laka Temin sejak tahun 1977. Hubungan kolaborasi ini akan diperluaskan lagi menerusi beberapa cadangan usahasama yang lain dan akan melibatkan Anak Syarikat Kumpulan PKNK.

Perkara ini telah dibincangkan dalam satu mesyuarat yang telah diadakan di The Jerai Hill Resort pada 2 November 2020, dihadiri oleh Pengurusan PKNK yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, YBhg Dato' Abdul Rahman bin Abdullah dan Pengurusan FELDA yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Besar FELDA (Perladangan & Pembangunan Peneroka), YBhg Dato' Amir Hamdan bin Yusof.

Mesyuarat ini diteruskan dengan majlis penyampaian mock cheque pembayaran perkongsian keuntungan Projek Usahama Laka FELDA-PKNK serta penyampaian cenderahati.