PKNK telah diberi kepercayaan sebagai agensi pelaksana oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan projek-projek kecil berimpak tinggi dan 'people centric' yang memberi kesejahteraan kepada rakyat di Negeri Kedah. Satu lawatan tapak ke projek-projek yang sedang dilaksanakan telah diadakan pada 6 Disember 2020 yang diketuai oleh Pengurus Kanan Puan Anita Salleh bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Bahagian Teknikal PKNK bagi memantau status pelaksanaan projek.

Antara projek-projek yang dilawati:
1. Surau SK Ulu Bakai, Baling
2. Surau SMK Tanah Merah, Pendang
3. Masjid Sultanah Haminah, Pendang
4. Masjid Tajudin, Kampung Ruman, Sik
5. Jalan Kampung Banggol Kiat, Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Tuan Guru Hj. Salleh, Sik

Daripada tinjauan yang dilakukan, projek-projek kecil/berimpak tinggi/ people centric ini amat memberi manfaat kepada rakyat dan inisiatif kerajaan ini sangat dihargai oleh komuniti setempat.