Program Derma Darah ini merupakan anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) Cawangan Kedah Perlis dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Sg Petani), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Al Haddad Manufacturing Sdn. Bhd. dan Unit Transfusi Hospital Kulim, Kedah.

Program ini julung kalinya diadakan di Dewan Seminar Kedah Halal Park, Sungai Petani dan merupakan satu inisiatif Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA Cawangan Kedah/Perlis) bagi membantu meningkatkan stok darah Unit Transfusi Hospital Kulim di musim cuti sekolah.

Program telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pentadbiran dan Kewangan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Kol. Bersekutu (PA) Datuk Hj. Md. Shuhaime Bin Abdul Rahman. Hadir sama adalah Ketua Kastam Daerah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sungai Petani, merangkap Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Kedah Perlis, Tuan Mohd Sukri Bin Jusoh, Pengurus Bahagian Keusahawanan PKNK, Puan Hajjah Hanisah Binti Baharum, Pengarah Urusan Al Haddad Manufacturing Sdn. Bhd., Tuan Syed Salahuddin Bin Dato’ Haji Syed Mahayuddin, Dr. Nur Satirah Binti Asmar dan Dr. Nur Arina Syaheera Binti Azmi dari Unit Transfusi Hospital Kulim serta Pegawai- Pegawai Kanan Jabatan Kastam Sungai Petani.

Program Derma Darah kali ini mendapat sambutan menggalakkan dari penderma darah sediada dan juga penderma baru. Seramai 68 orang penderma telah hadir untuk menderma darah pada program kali ini dan hanya 52 orang sahaja yang berjaya menderma setelah ujian kesihatan dilakukan.