Ukir Square @ UTC Sungai Petani (UTC SP) adalah bangunan milik penuh PKNK yang mula beroperasi pada 1 Februari 2016.  UTC SP menyediakan kemudahan-kemudahan pejabat agensi kerajaan persekutuan dan negeri iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Klinik Komuniti, Pejabat Tanah Daerah, SADA dan MPSP.  Selain dari itu disediakan juga, Terminal Bas Ekspres & kaunter tiket, ruang niaga, medan selera dan kiosk-kiosk jualan di UTC SP.

Pada 07 Mac 2021 yang lalu, Bahagian Pengurusan Kompleks dan Penyewaan (BPKP) serta Unit Aset PKNK telah mengadakan operasi kutipan sewaan dan kerja-kerja ‘tagging’ aset-aset PKNK di UTC SP.  Operasi kutipan sewaan dan kerja-kerja meletakkan ‘tagging’ yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 3.00 petang telah di laksanakan oleh lima (5) orang pegawai dan warga kerja BPKP, tiga (3) orang pegawai dan warga kerja Unit Aset dan seorang warga kerja dari Unit Teknologi Maklumat (UTM).