Skuad Prihatin PKNK telah menjayakan Program Sumbangan “Food Box” PKNK, anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi PKNK. Program ini yang juga program tahunan bertujuan untuk memberi sumbangan dalam bentuk bekalan makanan harian kepada asnaf-asnaf dan fakir miskin yang layak. Program tersebut diadakan sepanjang bulan Mac 2021.

Sumbangan-sumbangan tersebut yang disediakan bernilai RM10,000.00 dan diagihkan kepada 100 penerima. Penyediaan sumbangan “Food Box” tersebut adalah dari hasil agihan balik Zakat Perniagaan PKNK. Diharapkan dengan sumbangan yang kecil ini dapat memberi erti yang besar buat penerima dan para penyumbang yang terlibat.