Unit Komunikasi Korporat PKNK telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Karnival Kerjaya pada hari Sabtu 10 April 2021 yang lalu. Karnival tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan sinar Rahmah dengan kerjasama Yayasan Bunga Raya bertempat di perkarangan Ruang Legar Aneka Mall, Jitra.

Karnival tersebut berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Karnival yang diadakan itu bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat-maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada para graduan yang baru tamat pengajian, tetapi juga kepada peserta yang ingin mencuba bidang baru dalam kerjaya.

Selain dari Unit Komunikasi Korporat PKNK, agensi-agensi atau syarikat yang mengambil bahagian dalam karnival tersebut adalah PERKESO, syarikat ID Deco, Kulim Technology Park Corporation, syarikat produk kesihatan DXN dan beberapa lagi agensi yang terlibat.

Acara perasmian karnival tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kubang Pasu iaitu Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Hamzah, yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau dalam pada itu sempat beramah mesra dengan setiap wakil agensi yang terlibat dalam karnival tersebut.