12 September 2021, Ahad: PKNK telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin Dan Doa Selamat bagi memohon keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan warga kerja yang dijangkiti penyakit Covid-19 serta rakan-rakan yang sedang menghadapi masalah kesihatan dan musibah. Majlis diadakan pada jam 9.00 malam secara dalam talian.

Majlis bacaan yassin dipimpin oleh Y.Bhg Ustaz Mat Isa bin Abdul Rahman dan turut serta dalam majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Tn Syed Yussof bin Syed Othman, Pengurus-Pengurus Kanan serta warga kerja PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK.