Selasa, 02 November 2021 :- Satu sesi perbincangan dan lawatan tapak bagi projek pembangunan di Tanjung Sawa, Langkawi yang diketuai oleh Puan Anita Salleh, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan telah diadakan dengan pihak Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan bagi mendapatkan khidmat nasihat awal dan penyelarasan gerak kerja bagi tujuan pembangunan tersebut. Lawatan tapak ini juga disertai oleh beberapa agensi OSC seperti JKR, JPS, SADA, TNB dan TLDM. Sesi perbincangan selepas lawatan tapak turut disertai oleh Y. Bhg. Tuan Pegawai Daerah Langkawi, Y. Bhg. Tuan Haji Saiful Anwar bin Azmi dan juga pegawai dari Pejabat Tanah Langkawi.