Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan bagi Tahun Kewangan 2020 oleh PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK telah berlangsung pada 14 November 2021 bertempat di Dewan Jamuan Negeri, Aras 6, Block E, Wisma Darulaman, Kedah.


Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah, dan turut hadir adalah Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berbahagia Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Yang Berbahagia Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Ketua Pegawai Korporat PKNK, Pengurus-Pengurus Kanan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Jabatan Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Ketua Eksekutif serta Pengurus Besar Syarikat Kumpulan PKNK.

Semoga dengan adanya majlis ini akan memberikan keberkatan kepada PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK dalam menerajui ekonomi Negeri Ka edah dan semoga hikmah pembayaran zakat ini menjadi pemangkin ekonomi Umat Islam, menjadi dana kepada pembangunan Negara Malaysia Am nya dan Negeri Kedah Khasnya.