Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Sumbangan Untuk Fakir Miskin Dalam Kawasan Kawasan Pokok Sena yang telah diadakan pada 06 Mei 2018 (Ahad) bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Majlis Serahan Bantuan Sumbangan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNK dengan tema “PKNK Perihatin” ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penerima bantuan sumbangan tersebut sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba. PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM12,500.00 kepada 100 orang penerima terutama ibu tunggal dan fakir miskin yang kurang berkemampuan. Setiap penerima telah menerima wang tunai sebanyak RM100.00 serta barangan runcit bernilai RM25.00 setiap seorang.

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan sumbangan kepada pelajar-pelajar UPSR di Daerah Pendang yang telah diadakan pada 06 Mei 2018 (Ahad) bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim, Padang Pusing, Pendang, Kedah. Majlis Serahan Bantuan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNK ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan persekolahan. PKNK perihatin dalam membantu pelbagai pihak. PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM20,000.00 kepada 200 pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan. Setiap pelajar yang terpilih sahaja menerima sebuah beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100 daripada PKNK.