Kunjungan Pengarah Kanan Galakan Pasaran FAMA dan Dato Rosham Nor ke KHP
Pada 9hb Julai 2020 Kedah Halal Park telah menerima kunjungan dari Pengarah Kanan Galakan Pasaran, FAMA, Puan Rosilawati binti Abu Hassan dan Dato Rosham Nor.
Tujuan FAMA ke KHP adalah untuk melihat aktiviti loading produk keluaran Al Haddad iaitu Malt iQ yang akan dieksport ke Kuwait (eksport kali pertama ke negera tersebut) rentetan dari penyertaan Al Haddad di Pameran Perdagangan GULFOOD 2020 di Dubai bulan Februari lepas yang ditaja booth oleh pihak FAMA.
Pihak FAMA juga telah melantik Dato' Rosyam Nor dan team (Suhan Movies & Trading) untuk video pendek mengenai kejayaan Al Haddad mengeksport produk ke negara Kuwait.
KHP berbangga dengan kejayaan penyewa KHP iaitu Syarikat Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd. Tahniah diucapkan kepada Tuan Syed Sallehuddin di atas usaha beliau dan team Al Haddad.