Program pengagihan sumbangan “FOOD BOX PKNK” kini sedang giat dijalankan dengan kerjasama Skuad Prihatin PKNK. Program ini bertujuan untuk meringankan sedikit beban kepada penduduk sekitar negeri Kedah dari segi keperluan makanan harian.
Program sumbangan yang sedang giat diajalankan ini juga adalah sebagai sebahagian dari Sumbangan Korporat Sosial PKNK bersempena dengan bulan Ramadhan. Selain itu, sumbangan tersebut juga adalah untuk golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik, ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.
Sumbangan yang berbentuk barangan makanan asas itu diserahkan terus kepada penerima di kediaman masing-masing, melalui ahli-ahli Skuad Prihatin PKNK yang bertungkus lumus demi memastikan sumbangan-sumbangan ini terus sampai kepada mereka yang memerlukan.
12 April 2020 hingga 17 April 2020
Bagi membantu golongan asnaf yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Skuad Perihatin PKNK berbesar hati menjalankan tanggungjawab sosial untuk sama-sama membantu golongan ini dengan menjalankan edaran penyerahan sumbangan barangan keperluan harian kepada 370 buah keluarga mengikut kawasan dalam negeri Kedah.
Program Jelajah Kampung Fasa Pertama Oleh Skuad Perihatin PKNK untuk menyampaikan sumbangan bantuan makanan asas sempena bulan ramadhan kareem kepada golongan asnaf.
Bantuan makanan asas yang bertujuan meringankan beban golongan asnaf yang paling terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
PKNK sekali lagi berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada frontliner di Hospital Sultanah Bahiyah. Semoga segala urusan untuk memerangi wabak covid 19 dapat dipertingkatkan dengan jayanya. Semoga Allah memelihara semua frontliners yang kita kasihi.