Mesyuarat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNK Bil. 2/2019 telah diadakan bagi membincangkan dan membuat semakan mengenai KPI bagi Suku Tahun Pertama, Suku Tahuan Kedua dan Suku Tahun Ketiga tahun 2019 bagi Pelan Strategik Kumpulan PKNK.

11 anak syarikat, CEO bersama 2 pegawai kanan telah dijemput ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang.

Bahagian Pengurusan Kompleks dan Penyewaan (BPKP) menerima lawatan dari PKNK Real Estate Company (PREC) pada 20 Oktober 2019 dengan tujuan
mengadakan perbincangan dan melihat kemungkinan kerjasama dalam membangunkan semula UKIR Mall milik PKNK.

Lawatan dan perbincangan itu seramai 5 orang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PREC iaitu Tn. Hj. Fakru Radzi dan juga wakil-wakil dari Parkhere Sdn. Bhd., sementara PKNK diwakili Pn. Anita Salleh selaku Pengerusi, Pn. Kamariah Md. Fisol dan En. Johar Jahaya dari Bahagian Pembangunan Perniagaan, En. Hazahari Md. Hussin dan Pn. Azizah Yahaya dari BPKP serta Pn. Puteri Yulianty Samsudin dan En. Mahmad Helmi dari Bahagian Teknikal.

Selepas perbincangan, rombongan telah dibawa melawat ke UKIR Mall termasuk Dewan Utama bangunan tersebut.

Sesi akhir Ops Jalan Petri 3 telah diadakan pada 17 Oktober 2019 dan telah Berjaya menyiapkan dokumen-dokumen perjanjian penyewa dan operasi pembersihan terhadap perlanggaran perjanjian penyewaan. Selepas usai operasi ini, Bahagian Pengurusan Kompleks dan Penyewaan akan mencadangkan semakan semula kadar sewa di Jalan Petri, Sungai Petani.

Program #BFFPKNK (Bundle For Free PKNK) yang menjalin kerjasama dengan Jabatan Sisa Pejabat Negeri Kedah (SW corp) telah diadakan pada 11 Oktober 2019 yang lalu di Daerah Padang Terap, yang bertujuan memberi sumbangan terutama dalam bentuk pakaian kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, PKNK juga bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Geng Tolong Orang Kedah (GTO) untuk menyalurkan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir di Baling pada 19 Oktober 2019. #BFFPKNK mengalu-alukan sumbangan orang ramai dalam bentuk pakaian, pinggan mangkuk, pakaian sekolah dan keperluan dapur untuk disalurkan kepada yang memerlukan. #BFFPKNK juga sedia bekerjasama dengan mana-mana NGO yang memerlukan pakaian untuk sebarang program yang akan dijalankan.