RABU, 9 Disember 2020 - Exit Conference Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 telah berlangsung yang dipengerusikan oleh Pengarah Ketua Audit Kewangan Jabatan Audit Negara secara atas talian. Turut serta dalam Exit Conference tersebut adalah pasukan Jabatan Audit Negara Cawangan Kedah yang diketuai oleh Pengarah Audit Negeri Kedah Encik Ahmad Fazli Bin Osman serta Ketua Pegawai Eksekutif PKNK iaitu Yang Berbahagia Tuan Syed Yussof Bin Syed Othman bersama pengurusan PKNK.

Satu lawatan dan perbincangan telah diadakan di Kilang Hevea Bukit Perak, Pendang, sebuah kilang pemprosesan getah milik PKNK, bagi membentuk satu jaringan kerjasama di antara PKNK dan pihak FELDA.

Perbincangan ini melibatkan PKNK yang diwakili oleh Bahagian Pembangunan Perniagaan, Bahagian Pelaburan, anak syarikat PKNK iaitu Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLPK) dan pegawai-pegawai dari FELDA Wilayah Utara.

Semoga jaringan kerjasama ini dapat memberi manfaat dan kejayaan kepada semua pihak di masa hadapan.

Satu majlis sempena persaraan salah seorang wargakerja PKNK telah diadakan pada 30 November 2020 bertempat di Tingkat 9, Wisma PKNK. Majlis yang disambut ringkas tetapi meriah itu meraikan persaraan Puan Zaidah binti Abd. Aziz, iaitu Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Dan Pembangunan Sumber Manusia. Puan Zaidah telah berkhidmat dengan PKNK selama 39 tahun, iaitu bermulanya kerjaya beliau di PKNK bermula pada tahun 1981. Puan Zaidah telah berkhidmat di pelbagai bahagian dan unit dalam PKNK sepanjang perkhidmatan beliau. Majlis diselitkan dengan ucapan sepatah dua kata dari Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, juga ucapan dari Puan Zaidah sendiri.

Semoga Puan Zaidah dapat menempuh alam persaraan dengan lebih bermakna. Selamat Maju Jaya kepada Puan Zaidah.

PKNK telah diberi kepercayaan sebagai agensi pelaksana oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan projek-projek kecil berimpak tinggi dan 'people centric' yang memberi kesejahteraan kepada rakyat di Negeri Kedah. Satu lawatan tapak ke projek-projek yang sedang dilaksanakan telah diadakan pada 6 Disember 2020 yang diketuai oleh Pengurus Kanan Puan Anita Salleh bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Bahagian Teknikal PKNK bagi memantau status pelaksanaan projek.

Antara projek-projek yang dilawati:
1. Surau SK Ulu Bakai, Baling
2. Surau SMK Tanah Merah, Pendang
3. Masjid Sultanah Haminah, Pendang
4. Masjid Tajudin, Kampung Ruman, Sik
5. Jalan Kampung Banggol Kiat, Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Tuan Guru Hj. Salleh, Sik

Daripada tinjauan yang dilakukan, projek-projek kecil/berimpak tinggi/ people centric ini amat memberi manfaat kepada rakyat dan inisiatif kerajaan ini sangat dihargai oleh komuniti setempat.