Perhimpunan Bulanan telah diadakan pada 16 Mei 2018 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Wisma PKNK. Majlis Perhimpunan Bulanan tersebut dimulakan dengan Lagu Negara Ku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Perkhidmatan Awam. Majlis diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan daripada Tuan Pengurus Besar Operasi mengenai Pelan Transformasi PKNK. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat daripada Y.Bhg Tuan Ketua Eksekutif, Tuan Hj Abdul Rahman bin Abdullah. Tuan Ketua Eksekutif juga menyampaikan sijil penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2017 kepada seramai 16 warga kerja PKNK yang berkelayakan serta Anugerah Pekerja Contoh bagi tahun 2017 kepada Encik Noriezan Abd Razak.

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Persekolahan Sesi 2018 Sekolah Transformasi Daerah Kota Setar (Sekolah Kebangsaan Mergong) yang telah diadakan pada 11 Januari 2018 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar, Kedah. Majlis Serahan Bantuan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah dan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Agama, Pelancongan dan Warisan, YB Dato' Hj Mohd Rawi bin Hj Abd. Hamid dan Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Program tanggungjawab social korporat (CSR) PKNK ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka. PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM 20,000 kepada 200 pelajar yang kurang berkemampuan. Setiap pelajar telah menerima beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100 daripada PKNK.

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Sumbangan Untuk Fakir Miskin Dalam Kawasan Kawasan Pokok Sena yang telah diadakan pada 06 Mei 2018 (Ahad) bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Majlis Serahan Bantuan Sumbangan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNK dengan tema “PKNK Perihatin” ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penerima bantuan sumbangan tersebut sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba. PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM12,500.00 kepada 100 orang penerima terutama ibu tunggal dan fakir miskin yang kurang berkemampuan. Setiap penerima telah menerima wang tunai sebanyak RM100.00 serta barangan runcit bernilai RM25.00 setiap seorang.

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan sebuah Majlis Penyerahan Jersi Bola Sepak Junior Daerah Kota Setar pada 29 Januari 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Suka Menanti. Pemain-pemain Bola Sepak Junior Daerah Kota Setar telah menerima sumbangan jersi berlogo PKNK daripada PKNK dan ini secara tidak langsung telah menaikkan imej PKNK di setiap daerah dan negeri setiap kali perlawanan bola sepak diadakan. PKNK juga berharap dengan sumbangan ini dapat memberi dorongan untuk memajukan dan melahirkan pelapis bintang bola sepak negeri Kedah di masa hadapan.

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan sumbangan kepada pelajar-pelajar UPSR di Daerah Pendang yang telah diadakan pada 06 Mei 2018 (Ahad) bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Syed Ibrahim, Padang Pusing, Pendang, Kedah. Majlis Serahan Bantuan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNK ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan persekolahan. PKNK perihatin dalam membantu pelbagai pihak. PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM20,000.00 kepada 200 pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan. Setiap pelajar yang terpilih sahaja menerima sebuah beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100 daripada PKNK.