PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH

NOTIS SEBUT HARGA KERJA

 

  1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang memenuhi gred, kategori dan pengkhususan yang diperlukan serta bertaraf BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori, pengkhususan yang ditetapkan, mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah buat masa ini;

  2. Pendaftaran kontraktor akan dibuat secara atas talian (online) pada AHAD, 3 JANUARI 2021 bermula jam 8.30 PAGI sehingga 12.30 TENGAHARI sahaja melalui pautan ‘Google Form’ yang disediakan. Notis ini juga boleh dicapai menerusi laman Facebook Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), laman sesawang PKNK serta papan kenyataan am PKNK;

  3. Semasa proses pendaftaran, kontraktor hendaklah mengisi borang pendaftaran menerusi pautan yang telah disediakan sahaja;

  4. Bagi tujuan pendaftaran secara ‘online’, penyebutharga dikehendaki untuk memuatnaik salinan PPK, SPKK dan STB di dalam bentuk format PDF atau IMAGE sahaja;

  5. Hanya kontraktor yang berkelayakan dan lulus pendaftaran sahaja akan dipelawa untuk menyertai kumpulan di applikasi TELEGRAM bagi tujuan taklimat sebut harga. Untuk tujuan ini, kontraktor-kontraktor yang berminat untuk menyertai sebut harga ini HENDAKLAH memuat turun applikasi TELEGRAM di telefon pintar bagi memudahkan proses taklimat dan hebahan am;
     
  6. Lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN. Namun pihak Perbadanan menetapkan tarikh-tarikh khusus yang ditetapkan bagi lawatan tapak secara sukarela bagi kontraktor-kontraktor yang ingin melawat tapak yang akan dihadiri oleh wakil Perbadanan;

  7. Dokumen sebut harga berharga RM50.00 senaskhah boleh diperolehi di kaunter Bahagian Teknikal, Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman bermula pada tarikh yang telah ditetapkan;

  8. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan di Bahagian Teknikal PKNK, Tingkat 11, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari pada tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan serahan dokumen tidak akan diterima sama sekali;

  9. Kontraktor yang berjaya akan dimaklumkan melalui FB PKNK dan telefon/emel.

 

NO. RUJ. SEBUT HARGA

 

TAJUK SEBUT HARGA

KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN

PKNK/SH/2020/12/01

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN KOMPLEKS TAMAN HALAL KEDAH, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

https://forms.gle/ytLBDSzKAW9SNSpH8

  1. Pendaftaran Secara ‘Online’  :
    3 JANUARI 2021 (AHAD)
    (8.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI)
  2. Taklimat Sebut Harga :
    5 JANUARI 2021 (SELASA)
    (11.00 PAGI)
  3. Lawatan Tapak Sukarela :
    6 JANUARI 2021 (RABU)

  4. Jualan Dokumen Sebut Harga :
    7 JANUARI 2021 (KHAMIS)
         
  5. Tarikh Tutup  Sebut Harga   :
    14 JANUARI 2021 (KHAMIS)
    (SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI)
  • G2 (CIDB) – PENGKHUSUSAN B24 (KERJA PENYENGGARAAN BANGUNAN)
  • KONTRAKTOR TEMPATAN NEGERI KEDAH

PKNK/SH/2020/12/04

KERJA-KERJA MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN SURAU SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI SURAU KAMPUNG PADANG TOI, MUKIM TELOI, SIK, KEDAH DARUL AMAN

https://forms.gle/6j4HkerYq9FQoxGh6

  1. Pendaftaran Secara ‘Online’  : 3 JANUARI 2021 (AHAD)
    (8.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI)

  2. Taklimat Sebut Harga : 5 JANUARI 2021 (SELASA)
    (4.00 PETANG)

  3. Lawatan Tapak  Sukarela :
    6 JANUARI 2021 (RABU)

  4. Jualan Dokumen Sebut Harga :
    7 JANUARI 2021 (KHAMIS)

  5. Tarikh Tutup  Sebut Harga   :
    14 JANUARI 2021 (KHAMIS) (SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI)

 

  • G2 (CIDB) – PENGKHUSUSAN B04 (KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN)
  • KONTRAKTOR TEMPATAN NEGERI KEDAH

PKNK/SH/2020/12/05

KERJA-KERJA MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN SURAU SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI SURAU PONDOK TANAH MERAH, PENDANG, KEDAH DARUL AMAN

https://forms.gle/fw1s3a7vPPXTYaUC6

  1. Pendaftaran Secara ‘Online’   :
    3 JANUARI 2021 (AHAD)
    (8.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI)

  2. Taklimat Sebut Harga    :
    6 JANUARI 2021 (RABU)
    (11.00 PAGI)

  3. Lawatan Tapak Sukarela :
    7 JANUARI 2021 (KHAMIS)

  4. Jualan Dokumen Sebut Harga :
    10 JANUARI 2021 (AHAD)

  5. Tarikh Tutup  Sebut Harga    :
    17 JANUARI 2021 (AHAD)
    (SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI)

 

  • G2 (CIDB) – PENGKHUSUSAN B04 (KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN)
  • KONTRAKTOR TEMPATAN NEGERI KEDAH