PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH

NOTIS SEBUT HARGA KERJA


  1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang memenuhi gred, kategori dan pengkhususan yang diperlukan serta bertaraf BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan yang ditetapkan, mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah buat masa ini;

  2. Pendaftaran secara ‘online’ akan dibuat pada 22 JUN 2020 (ISNIN) bermula jam 8.30 PAGI sehingga 10.00 PAGI sahaja melalui pautan ‘Google Form’ yang disediakan melalui iklan ini di laman Facebook Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Pautan iklan ini akan turut dipamerkan di laman sesawang PKNK serta papan kenyataan am PKNK;

  3. Sesi taklimat sebut harga akan dibuat pada jam 12.00 TENGAHARI pada hari yang sama selepas sesi pendaftaran tersebut;

  4. Semasa proses pendaftaran, kontraktor hendaklah mengisi borang pendaftaran menerusi pautan yang telah disediakan sahaja;

  5. Hanya kontraktor yang berkelayakan dan lulus pendaftaran sahaja akan dijemput untuk menyertai kumpulan di applikasi TELEGRAM bagi tujuan taklimat sebut harga dan memuat turun dokumen sebutharga. Untuk tujuan ini, kontraktor-kontraktor yang berminat untuk menyertai sebut harga ini HENDAKLAH memuat turun applikasi TELEGRAM di telefon pintar bagi memudahkan proses taklimat dan hebahan am;
     
  6. Lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN. Namun pihak Perbadanan menetapkan SELASA, 23 JUN 2020 bagi lawatan tapak secara berasingan bagi kontraktor-kontraktor yang ingin melawat tapak;

  7. Senarai Sebut Harga adalah seperti di Lampiran A beserta pautan pendaftaran;

  8. Dokumen sebut harga hendaklah dicetak di atas kos penyebutharga sendiri dalam bentuk salinan keras (harcopy). Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang akan disediakan di Bahagian Teknikal PKNK, Tingkat 11, Wisma PKNK, Alor Setar, Kedah Darul Aman selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari, 29 JUN 2020 (ISNIN);

  9. Kontraktor yang berjaya akan dimaklumkan melalui FB PKNK dan telefon/emel.

 

NO. RUJUKAN SEBUTHARGA TAJUK KERJA KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN

PKNK/SH/2020/06/02

Kerja-Kerja Pemasangan Penghawa Dingin Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Masjid Sultanah Haminah, Daerah Pendang, Kedah Darul Aman

https://forms.gle/qJeYYDG1py9KmHAQA

  • G1 (CIDB) – Pengkhususan M01
  • Kontraktor Tempatan Daerah Pendang

PKNK/SH/2020/06/03

Kerja-Kerja Menaiktaraf Bangunan Dan Infrastruktur Luar Bangunan Di Kompleks Jalan Raja, Jalan Nagore, Alor Setar, Kedah Darul Aman

https://forms.gle/yNkJgLUWPfQ6hmnm8

  • G3 (CIDB) – Pengkhususan B28
  • Kontraktor Tempatan Negeri Kedah
PKNK/SH/2020/06/05

Kerja-Kerja Menaiktaraf Medan Selera Di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman

https://forms.gle/uB3QvpNLUDKzs5sM9
  • G1 (CIDB) – Pengkhususan B04, B28 & CE21
  • Kontraktor Tempatan Daerah Kubang Pasu
PKNK/SH/2020/06/06

Kerja-Kerja Menaiktaraf Hiasan Dalaman Di Dewan UKIR Mall, Alor Setar, Kedah Darul Aman

https://forms.gle/VHmpdBgtfYWLaJKfA
  • G2 (CIDB) – Pengkhususan B07
  • Kontraktor Tempatan Negeri Kedah