Majlis Penyerahan Kampung Buku antara MARDI dan PKNK telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Julai 2019 yang lalu, dimana tujuan utama majlis tersebut adalah sebahagian perancangan PKNK untuk pembangunan semula Kampung Buku sebagai pusat produk perubatan tempatan. Selain itu ia juga akan dibangunkan semula sebagai tempat untuk penggemar aktiviti luar. Pusat pemprosesan teh dari daun pokok Tiin juga akan dibangunkan di situ, menurut Y.Bhg Ketua Pegawai Eksekutif pada majlis tersebut. Antara yang dijemput pada majlis itu adalah Pengarah, Pegawai dan kakitangan MARDI, Pejabat Daerah Langkawi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Pejabat Pelancongan Langkawi serta beberapa lagi agensi dan jabatan terlibat.