Program PROTUNe 2019 ini menjadi agenda kepada program pembangunan usahawan untuk jangka panjang. Ia bukan saja satu program bagi memenuhi kokurikulum pendidikan di sekolah semata-mata sebaliknya ianya adalah satu program yang mempunyai hasrat murni untuk memupuk dan menyemai sifat kepimpinan usahawan yang cekal bertanggungjawab, rajin dan amanah. Disamping itu program ini juga dapat membina kenyakinan diri, semangat kerja berpasukan dan menjana disiplin diri, kesabaran serta mempunyai ciri-ciri budaya tahan dalam persaingan secara sihat di kalangan peserta.

Matlamat dan harapan pelaksanaan program kem PROTUNe 2019 adalah untuk membantu pelajar-pelajar mengikut potensi dan tahap kemampuan mereka agar dapat membina sahsiah usahawan berdaya maju dalam diri masing-masing demi masa depan generasi muda. Ilmu perniagaan perlu diteruskan kepada generasi muda agar mereka terus berkembang dan minat ini tidak akan lahir jika tidak dididik. Program PROTUNe 2019 ini adalah sebagai salah satu platform bagi memupuk budaya keusahawanan dikalangan generasi Y.