Satu Program anjuran PKNK iaitu “Bundle For Free PKNK” atau #BFFPKNK telah diadakan di Ruang Legar UKIR Mall pada 25 Julai 2019 yang lalu. Program yang disertai seramai 10 warga kerja PKNK itu bertujuan untuk memberi bantuan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai kepada yang memerlukan. Program yang diadakan buat kali ketiga itu semakin mendapat sambutan yang menggalakkan menerusi sumbangan yang diterima dari orang ramai. Jumlah pengunjung yang berterusan terdiri dari  golongan susah atau kurang bernasib baik untuk mendapatkan keperluan mereka.

Pada hari tersebut, #BFFPKNK juga telah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampong Mempelam Mergong, Alor Setar.  Mangsa telah hadir ke #BFFPKNK dan memilih sendiri keperluan mereka. #BFFPKNK turut mengucapkan takziah di atas kemalangan yang menimpa dua keluarga berkenaan.