Unit keusahawanan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah mempromosikan kekosongan premis Kedah Halal Park di dalam facebook  kedah halal park dan website PKNK yang telah disediakan oleh unit Teknologi Maklumat, PKNK.

Sepanjang bulan oktober, unit keusahawanan, kedah halal park, sungai petani telah menerima sembilan (9) kunjungan dari usahawan yang berminat untuk melihat premis kedah halal park bagi tujuan penyewaan. Walaubagaimanapun sehingga 3 november 2019 empat (4) borang  permohonan dari usahawan yang berminat telah diterima. Permohonan ini akan dibuat penilaian serta semakan oleh ketua pegawai operasi dan ketua unit keusahawanan.