Unit Keusahawanan, telah menerima  jemputan dari Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan (PKIK) untuk turut serta dalam Konvensyen Tunas Niaga PROTUNe 2019 Peringkat Negeri Kelantan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa (BUIPA) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan(JPN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNE) Peringkat Negeri Kelantan 2019 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Besut, Terengganu pada 14-17 Oktober lalu.

Program ini telah disertai oleh 21 buah sekolah yang melibatkan 9 buah sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan 11 buah sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan penglibatan seramai 42 guru pembimbing dan 126 pelajar.

Sebanyak 6 Anugerah yang dipertandingkan iaitu, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Laporan Syarikat Terbaik, Anugerah Produk Kreatif Terbaik, Anugerah Perkhidmatan Terbaik, Anugerah Pengurus Terbaik, dan Anugerah Guru Pembimbing Terbaik.