Satu (1) mesyuarat telah dianjurkan oleh Unit Keusahawanan iaitu Mesyuarat Pelaksanaan Program Kedah Food Valley Dibawah JICA Partnership Program yang berjaya mengumpulkan sebanyak 20 jabatan kerajaan dari utara Malaysia bagi membincangkan halatuju Kedah Food Valley sepanjang tahun 2020. Disamping itu, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh wakil dari Obihiro Chamber of Commerce (OCCI) dari Jepun, yang juga merupakan organisasi yang bekerjasama dengan pihak Perbadanan dalam hal pembangunan program Kedah Food Valley (KFV).

Mesyuarat tersebut dimulakan dengan ucapan aluan Yang Berhormat Asmirul Anuar bin Aris, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan diteruskan lagi dengan pembentangan berkenaan dengan KFV, oleh Encik Roslan bin Mohamed dari Unit Usahawan Pembangunan Negeri Kedah (UPUK) merangkap Penyelaras Program KFV.

Seterusnya, mesyuarat membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan KFV termasuk projek-projek bersama yang akan datang seperti membuka booth di Matta Fair bagi mempromosikan produk-produk tempatan terutamanya produk dari negeri Kedah.