Majlis Menandatangani Memorandum (MOU) antara KXP Airport dan ADP Ingenierie telah diadakan di Blok E, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 10 Februari 2020 yang lalu. Majlis tersebut diadakan sebagai menandakan termeterainya perjanjian di antara kedua-dua pihak berhubung dengan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang bakal dijalankan.

KXP Airport City Holdings Sdn. Bhd.  selaku anak syarikat PKNK telah mengikat kontrak bersama Aeroport De Paris Ingenierie, iaitu syarikat konsultan yang terkemuka dari Perancis dalam projek berkenaan. Turut diadakan dalam majlis itu sesi penyerahan kontrak kepada syarikat-syarikat yang terpilih yang mempunyai kepakaran berkaitan projek tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Ketua-ketua agensi di negeri Kedah serta ketua-ketua jabatan. Diharapkan dengan terlaksananya projek ini akan menjadi mercu tanda baharu di negeri Kedah serta dapat memacu ekonomi di negeri ini.