Mesyuarat diadakan selaras dengan Pelan Strategik Kumpulan PKNK 2019-2023 bertujuan membincangkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan halatuju Syarikat Kumpulan PKNK. Mesyuarat dibentangkan dengan pencapaian prestasi KPI tahun 2019 dan sehingga sukuan kedua tahun 2020 melibatkan 11 buah syarikat di bawah Kumpulan PKNK.

Dalam mesyuarat ini YBhg Dato' Ketua Eksekutif PKNK telah menyampaikan amanat dan hasrat PKNK serta hasrat pihak Kerajaan Negeri Kedah agar Syarikat-Syarikat di bawah Kumpulan PKNK dapat mengoptimakan keuntungan. Walaupun pandemik Covid-19 telah memberi impak ke atas pendapatan syarikat, namun beberapa tindakan telah diambil oleh pihak syarikat bagi meminimakan kesan tersebut.