Satu (1) sesi temu ramah telah diadakan di antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNK iaitu Tuan Haji Syed Yussof bin Syed Othman bersama dengan pihak RTM dan Sinar Harian bagi mempromosikan Kedah Halal Park (KHP). Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan berkenaan peranan dan kemudahan yang disediakan di KHP.

Sesi ini dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat PKNK bersama Unit Keusahawanan PKNK dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Pentadbiran & Kewangan PKNK iaitu YBhg. Kol. Bersekutu (PA) Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman beserta Timbalan Pengurus Bahagian Teknikal.  

Selepas sesi temu ramah, dif-dif kehormat dibawa melawat ke beberapa buah kilang di sekitar KHP seperti kilang Al-Haddad Manufacturing Sdn. Bhd., Selamat Abadi Sdn Bhd dan Emzi Holding Sdn Bhd bagi meninjau operasi kilang dan aktiviti perniagaan yang dijalankan di lot kilang masing-masing.