Majlis Penyerahan Kunci Dewan UKIR Mall telah diadakan pada 26 November yang lalu. Majlis tersebut diadakan sempena merasmikan Dewan UKIR Mall yang berwajah baru, selepas 5 bulan kerja-kerja menaiktaraf dewan tersebut dijalankan. Syarikat IR Deco Sendirian Berhad telah diberi tanggungjawab oleh PKNK bagi kerja-kerja menaiktaraf dewan tersebut. Penyerahan replika kunci tersebut telah disempurnakan oleh pihak IR Deco dengan menyerahkan replica kunci tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Yang Berbahagia Tuan Syed Yussof bin Syed Othman.  Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari PKNK serta wargakerja syarikat IR Deco Sendirian Berhad. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK juga sempat meluangkan masa meninjau keadaan sekeliling dewan tersebut sambil diberi penerangan oleh pengasas IR Deco iaitu Ahmad Irwan bin Ariffin.