Sejak diberi tanggungjawab untuk mengambilalih pengurusan Medan Selera Taman Ria, Sungai Petani pada tahun 2010 daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), PKNK telah berusaha untuk memastikan peniaga-peniaga di Medan Selera ini dapat meningkatkan pendapatan masing-masing dengan penambahbaikan prasarana Medan selera.

Selaras dengan program Pelan Transformasi Aset-Aset PKNK, pada tahun 2020 yang lalu, Medan Selera Taman Ria, Sungai Petani telah dipilih sebagai salah satu lokasi untuk program ini.

Projek menaiktaraf ini telah dimulakan pada bulan September 2020 dan dijangka siap pada bulan Jun 2021 mengikut fasa-fasa berikut:-

FASA 1:         Pembatalan, pengosongan premis;

FASA 2:         Pembinaan Dewan sementara;

FASA 3:         Perobohan Medan Selera

FASA 4:         Perpindahan ke Dewan Sementara

FASA 5:         Pembinaan lot-lot baharu

FASA 6:         Penyerahan lot kepada penyewa-penyewa

FASA 7:         Tempoh percubaan (error and defect)

PKNK berharap dengan menaiktaraf medan selera ini, sedikit sebanyak akan membantu peniaga-peniaga meningkatkan pendapatan bulanan mereka dan dapat berniaga disatu premis perniagaan yang lebih cantik dan kondusif.

Untuk sementara waktu, peniaga-peniaga akan berpindah ke Tapak Sementara bersebelahan dengan tapak asal Medan Selera untuk meneruskan aktiviti perniagaan mereka yang akan bermula pada minggu pertama bulan Januari 2021.